Monday, October 8, 2012

dalam hati ada taman. heh

All time favourites. apparently masih suka layan lagu jiwang. heh








just so happens, semuanya black people yg nyanyi. suara diorang memang lemak berkrim. seryes.
my lullaby(s) for tonight

Thursday, August 30, 2012

taktaw nak bagi tajuk apa


hai. lama x berblog. teringin jgk kadang2 tu nak berblog, tapi malas. hu2. banyak je mende nak cite. tapi takde mood or takde masa. ceyyy, macam bz sangat je kata takde masa. but true in a sense that i rather use my precious time to sleep, spend 'quality time with my family', layan kpop & kdrama dan ye facebook. you see, sekarang i tengah keje kat farmasi, 9 jam or more 6 hari seminggu, so besela macam orang bekerja yang lain, penat. heh. dekat je dengan rumah, jalan kaki tak sampai 5 minit. jimat duit transport & makan(kadang2 bawak bekal). takde uniform (tapi macam bakal ada. tak suka T_T), pekerja semua perempuan and surau, tandas semua ada. oh, bazar/pasar malam pun depan farmasi je (really come in handy time pose ari tu). lepas tu everyday mingle dengan ubat (bukak dictionary farmasi, u know familiarise yourself dengan kandungan ubat & what it does etc..) kira macam its the perfect-tengah-berhenti-belajar-sekejap-tapi-bakal-sambung-belajar-semula-job for me. although, i'm not gonna lie. its been pretty rough at the beginning. kena marah dengan senior sebab lambat catch up, kena tengking dengan bos sebab tak fulfil expectation die, kena hadap supllier & customer yang gatal, gaji tak berapa nak lumayan, cuti seminggu sekali, and a few fussy customer. biasala tu kan, adat bekerja.

what i found out was, stress bekerja & stress belajar sangatlah lain. and personally, i prefer stress belajar. *sekarang tengah tengok hana kimi versi korea(to the beautiful you), baru episod 1. rasa macam rindu sangat perasaan first2 daftar kat uni, reloading barang kat bilik baru, jumpa roomate baru, getting ready to class, meeting new friends and BELAJAR BERSUNGGUH2. seryes kangen bangettt...


yyep  minho(shinee) & sulli(fx) are the main reason why i watch this. lagipun hana kimi(jepun) lawak & best gile kottt. kira episod 1 ni okla. skang jarang tengok kdrama, sebab lambat sangat storyline die, lagi suka tengok variety macam we got married, running man etc. blh tgk perangai sebenar dorang & more spontan, and ofkos lagi lawak. hihi 


besok patutnya nak gi sunway pyramid jumpa irah si pengantin baru. (sedih sangat ok tak dapat gi wedding die kat terengganu, dah plan dah dengan jiha nak naik bas sume2. abah2, ari tu saya balik dari czech transit kat istanbul ke malaysia,sorang2 selamat je. ni nak pegi terengganu je pun tak bagi, siap ada kawan teman lagi. hu3. kalau keluar, balik lepas maghrib sikit je pun da masam muka. but, i guess that's just proves he cares so much about me, us, yela anak semua pompuan, yang laki tu baru nak tukar suara. ehem). nak sangat jumpa member2 study, tapi sunway macam jauh sangat, perjalanan je nak lebih sejam, tu belum kena tunggu bas bagai. aigooo. i guess. pagi besok kena call die la, confirmkan cane, maybe tukar venue ke.


moving on, as u all know, sekarang musim kawen. banyak gila invitation kawen. and honestly, it sucks actually going to weddings knowing that ur single. dont get me wrong, suka sangat gi wedding, seryesly hepi sangat dapat jumpa kawan, hepi utk kawan yang akan menjalani fasa baru dlam hidup die, its just that, well, i dont have everything figured out macam diorang. diorang akan habis belajar then have a stable job dengan gaji yang memuaskan and they already have someone sekufu untuk spend the rest of their happy life. insyaallah. and of course they deserve it. what i'm feeling now is not envy, its inferior. (oh god, so sorry for my deteriorating english. it just comes naturally. i'm literally writing down my thoughts which kadang2 dalam english berterabur). but really, sekarang i need to focus untuk sambung belajar. u dont know how much i wanted to prove to myself that i'm not this loser person who kept being sedih about kena balik. u dont know how i longed to be proud of myself. to actually say i'm not embarrassed of myself. aishh, drama lagi. belum lagi masa untuk fikir pasal jodoh (eventhough i always do) berhenti berharap and seriously just do your best in everythng you do. yoshhhh! (tak habes2 nak motivatekan diri sendiri).

sorila macam entri budak skema, besela lama tak berblog. heh. peace

Thursday, March 22, 2012

random

# i love pisau tajam

# i get bored easily, but i never get bored of apple XD

# suka guna smileys kat skype, coz die gerak2

# my laptop desperately needs a cooler pad (waiting for pc fair, bulan 4 maybe??? nak yang murah jugak, biala biala)

# dengar lagu sentimental sambil makan coklet, memang layan~

# nak earfon in-ear kaler putih. xmau headphones sebab suka bawak tdo & masa jog tak jatuh *eceh jog pun bape kali je 

# kalau angau, memang dasyat -_- but, nobody ever knew *bangga

# in a lookout for mp3

# tarian kpop sangat susah tapi sangat kreatif. takpe, practice makes perfect

# sangat minat dengan us dramas, always one step ahead. expect the unexpected 

# susah nak tido. banyak sangat fikir. kadang2, opt untuk distract kepala dengan layan movie, sampai exhausted baru boleh tido 

# tak sabar nak tengok breaking dawn part 2!!!!

# i adore peti ais besar (kat czech kecik kot freezer die)

# how can you not love romantic comedy???




Tuesday, March 13, 2012

self monologue

I hate the fact that i can’t easily open up to people. I hate that i find it very hard to tell people what i really feel, macam mende yang tak puas hati. When i know, it’ll all can easily be sorted out with effective communication. Tapi suuuusaaaaaaaaaaaah sangat ayat tu nak keluar dari mulut. Lama fikir nak cakap macam mana supaya orang tu tak terasa atau kecil hati. Dari rasa marah jadi rasa sedih sangat, sebab asyik pendam rasa marah tu, tahan setahan-tahannya kerana bagiku its a very small matter. No need untuk menjerit marah2 about it. Tapi dalam masa yang sama, i really believe kalau dapat luahkan akan rasa relieved. I mean i’m not a mind reader, nobody is. How would people know, if you dont tell them.



Tapi kenapa susah sangat nak cakap?????? Bile finally da bole cakap, tak sempat nak smpaikan tujuan kita cakap, suara tersekat, mata basah.  I wish i can be like when i’m writing, like now.
Arghhhh, Get a grip!!!!!











I really need to do something about this. i can’t help but think that the past ‘incident’ banyak mempengaruhi my current mental state, because i dont remember being this sensitive.


Feeling a bit better lepas da luahkan. next time try to do it with real people. let people in!
Sorry, it seems like kat sini je i can really let it all out, for now. I’m expecting improvement from myself, but really, it takes time

Monday, February 20, 2012

give and take

Darn it! Why am i so sensitive??? i'll work on it. Though i can't promise anything, i can promise you that i'll try my best. just give me some time, please. sorry and thanx

p/s : respect is something mutual. so, please. peace

Wednesday, February 8, 2012

bosan

why do i find lelaki kecek klate to be attractive? *ok,totally random. anyway, dok rumah mmg best. dok dengan FAMILI sangat best. dengan mak yg suke cakap sarcastic in a funny kinda way, dengan ayah yang makin berusia makin penyayang (lol), kakak yang garang but kalau baik,baik gile, younger sis yang berbakat main mimik muka & suara and 'baby' bro yang pandai tapi malas. heh. beside the fact that bebi (my 1st younger sis) tgh studi kt uitm (which explains why i miss her so much around the house) everything seems perfect, feels so homey...

ishhh, geram











lol


macam surau kat istanbul. seryes

need i say more? co-mel-ness

ha3. muka nak seryes


setiap masa ade je bende nak gelak, ade je adik yang perlu dileter untuk dikemas bilik dan dibuat homeworknya, ade je kerja rumah (as in literally kerja yang perlu dibuat di rumah not the kind kerja sekolah-yang-perlu-dibawak-balik-ke-rumah-but-u-obviously-already-know-that-and-i-dont-know-why-im-still-writing-all-of-this-down). tapi when they leave for school and work, i am left all alone... *sambil terbaring kesayuan. seryesly, terbaring kesayuan. ehem

mula-mula boleh tahan lagi. alaaaa, internet kan ada.... tapi lama-lama sape tak bosan baiii... u get the point right.

bolela tahan... aiman hakim tu, i mean cite vanila coklat ni

so, sekarang saya amat-tersangat BOSAN. nak cari kerja, 1st try ari tu kat kedai esprit (because its the only kedai yang takde uniform, ye saya tak suka kerja yang kena pakai uniform baju & tudung 'tuck in') punya la payah nak gather up courage untuk tanya orang tu, bila da pi tanya (kena paksa dengan adik) tengok2 amoi tu cakap die nak orang yang berpengalaman je. so, dengan muka cover malu berjalan la keluar dari kedai tersebut. pastu nampak je kedai 'branded' ade iklan kerja terus teringat incident kena 'reject', panas rasa muka. masa balik naik lrt lak, ade minah ni die punya duit tercicir, mesti duit tambang lrt coz dalam 2, 3 ringgit. tapi boleh tak, masa nak buat bende yang mulia dan sepatutnya iaitu tegur pompuan tu duit die jatuh, boleh plak malu.. haihhhh, kena sound dengan adek lagi. i dont know what's wrong with me. nak buat bende betol pon malu, tu yang post kat facebook "malu biar bertempat, sombong biar bertempat". reminder buat diri sendiri. -_-


it really works. ce try 

menarik kn. lol

so, still dalam proses mengusha kedai2 yang ade iklan kerja yang takde uniform. so, in the mean time saya pun menyambung my state of being bosan. bosan punya bosan, pergi edit profile sket2 kat facebook(dah kata bosan). rasa macam nak delete je 'friends' yang tak kenal, sebab yang keluar kat home mostly yang tak kenal, whattta?? bosan lagi... pergi update blog. pergi update status kat skype or ym. oh, sebab saya takde twitter. dulu tempted gak nak buat twitter, tapi masa study dulu kan kena study, so takot it'll distract me too much. facebook pun berjam, apatah lagi ade twitter, ye dak. so, status kat skype and ym la my tweets. i think its better that way, because its more private.i dont want EVERYONE to know pe yang saya meroyan, ye dak. but, this doesn't mean, saya tak suka twitter, ramai je yang ade kan, by all mean, do tweet all u want, after all posting status adalah hak milik setiap insan, maybe its just not for me, yet. ye, kena tambah 'yet'. sebab da banyak kali jadi. when you say for eg "i dont like sushi, its not for me", tengok2 sekarang, suka gila sushi. walaupun masa tu kita kata dengan konfidentnya kata tak suka sushi, tapi in the future, suka gila and bila teringat balik, i can't help but to smile. you really, will never know what will happen in the future, seryesly.

p/s: (nk jgk p/s untuk every ending ek, can't help it, really) please jangan cepat jump to conclusion, at least TRY to get the truth first. (one of my recent 'tweets')

Tuesday, January 17, 2012

a new start

hye 2012

sambar kan.i know, its because i celebrated my new year ALONE in istanbul. istanbul kotttt tapi kt airport je la weyh, that's why. baru je nak berangan gi jalan2 kat sana. sigh~ 
airport pon airport la....

you see, i've learnt a lot bile travel sorang2. experience tu, leave a deep impact in my fragile little heart... *buat muka sayu sambil tangan melentok kat dahi* ade yang sampai menangis kegembiraan & ade yang sampai menangis kesedihan (i learn malay A1 ok) xleh blah sekali masa kat airport istanbul la. perghhhh, menangis meleleh-leleh takleh tahan..... patutnya turkish airlines tu kasi hotel, coz connecting flight lagi 16jam (senior pun cakap die bagi hotel), sampai kat istanbul pon kol 12 malam. i plak gadis melayu terakhir lagi ayu, kecil, innocent serta KESEORANGAN di bumi asing (ehem). siapa yang tak cuak.. 

setelah bersusah payah beratur dengan mat salleh potong line lagi, die taknak gak bagi hotel (sebab keadaan masa tu kelam kabut kot). fine la kan, x bagi hotel leh tido surau, istanbul kot, merata orang pakai tudung. kalau kat czech, nak cari yang pakai tudung pun susah apatah lagi surau. so, dengan lemah gemalainya mengangkot bag berisi laptop menujulah saya ke surau. sekali nak masuk pintu besar tu kena tahan plak dengan mamat sekuriti. tak kasi jugak lepas walaupun da wat muka kesian lagi sweet, sebab TAKDE BOARDING PASS. yesss, u read right. sebab kaunter malaysia airline da tutup kol 12 mlm, bukak 6.45 pg besok. (oh ye, connecting flight tu dengan MAS rupanya, yeayyy!!! seronotnyewww. heh) agaknya sebab flight delay dari czech tu yang die tutup awal tu (sangka baik). oh, have i not mentioned yang kaunter turkish airline tu ade mob yang mengamok pasal their connecting ticket, like me, just that i tak mengamok la, tak main la mengamok2 ni, kalo ade geng lain cerita. 

anyway, dari rasa cuak jadi menggelabah. da la tak solat lagi (jama' takhir), kat bilik air plak ade sign suruh amek wudhu' kat surau, x bagi amek kat sinki (kat ireland dulu penah kena marah dengan mak cik cleaner sebab basuh kaki kat sinki. hu3). haaaaaaa, tula sape suruh nak jama' takhir konon lagi khusyu' kat surau la ape la.. waaaaa, stress+sedih gileeeeeeee wa cakap lu.. yang paling sedih sebab sorang2. masa tu, berazam tak nak da travel jauh sorang2. takot gile kalau kena tipu, takot gile kalau tak dapat balik malaysia jumpe famili T_T. masa tu la, kite nak bergantung harap kat Allah kan, tapi kalo solat pun belom settle ape cite? hu3. seryes sedih gile... so in the end, beli botol, minum bagai nak gile coz nak abeskan, isi air kat sinki, amek wudhu dalam toilet. solat kat tepi corok. tido kat kerusi sambil peluk beg sambil nangis sok sek sok sek...



bagusnyeee die, teringin nak nanges for the right reason like him :')







eh, terpost dua kali. takpela comel like my future son. heh

but alhamdulillah, skang da sampai MALAYSIA!!!!!!! wuuuuhuuuuuuuuuu!! lama gila x balik, setahun 3 bulan bai... macamla lama sangat kan, but still, its the longest by far that i've been separated from my family. separated by distance but not by heart (ceyyyyyy) 

yessss, incident tu walaupun simple for other people, but leave a deep impact to me. Allah nak ajar saya something tu. biarla saya dan Dia saja yang tahu. saspen tak saspen tak. heh. ok fine, x.. =_=







anyway, sekarang da ada kat malaysia. i miss the hot wheather, i miss the nyamuk yang everynight akan datang 'menyerang' (now, i can't live without my calazite lotion), i miss my mum's cooking yang guna minyak & santan yang banyak tapi takde ajinamoto yang tersangatla sedap, i miss my crazy sisters & annoying baby bro, i miss shopping in malaysia, futhermore, I MISS MY FAMILY!


the camwhores. heh

not so 'baby' anymore, he's now the same height as me!! 




bestnye kalo kat rumah ade macam ni. heh




ya allah, bersyukur sangat kau anugerahkanku these supporting people, not only in the form of my family but also friends. semua orang sangatlah supportive. although sometimes, i can't help but being sceptical because kena buang uni, but u guys still support me anyway. awwww, terharu sangaaaaaaaaaaaaat :')


semalam baru je abes jumpe en. ismail, ketua setiausaha bahagian kemasukan pelajar, kementerian pengajian tinggi. rasa sweet gile kak intan, waiting hours for this man, kejar die, cerita kat die about my problems & getting his contact number for me. seryes terharu,... :') seee fatihah, ade je yang nak tolong, sekarang awak je yang kena tolong diri sendiri. mak abah pun sanggup amek cuti just to accompany me. awwww... en. ismail made it very clear that rezeki ade di mana-mana.  dia kata die slalu advice student untuk wat degree yang die mampu. i can tell, he had a lot of experience dealing with student like me. and so, i have decided! i will take a degree in dietetik. tak lari sangat dari medik, and i truly do minat dietetik. you see, i like to learn something yang saya boleh apply, medik of course you can apply it in more ways than one in your everydaylife (blaja pasal badan manusia kottt). the same goes for dietetik. i will learn about food and a little bit about human. he2. best plak rasa, nanti kite taw apa kandungan makanan yang kita makan, keje nanti pun akan deal with people, advising them about what not and needs to eat. hihi. insyaallah, mungkin ini yang terbaik for me..  :)








 

just wait, i'll make u guys smile like that again. just wait :')




p/s : penah x dengar satu ayat, maybe common je, tapi ingat sampai bile-bile. for me, salah satunya adalah "senang je nak jumpe perempuan pakai tudung, tapi susah nak jumpe yang menutup aurat"